Wednesday, 12 June 2013

Cabaran Sebagai Peniaga!

Salam semua,

Alhamdulillah, blog ini dah dapat menolong ramai peniaga2 kecil terutamanya peniaga online, student2 yang baru nak cuba berjinak jinak dalam bidang perniagaaan, surirumah yang ingin menambah pendapatan, pekedai2 dan sebagainya.

Admin sebenarnya suka menolong orang ramai dan sangat ikhlas menjual pakaian ini dengan niat  dapat  menjalin persahabatan dan menolong saudara sesama Islam untuk memartabatkan ekonomi masing masing.

Tetapi cabaran yang admin terpaksa hadapi adalah mereka yang tak serius dalam berurusan dengan admin. Jadi, admin nak berpesan, kalau anda betul betul nak berniaga janganla main mainkan perasaan orang atau bercakap menggunakan bahasa yang kasar dan tidak menghiraukan perasaan admin ni. Admin ni manusia biasa, jadi akan terasa juga kalau anda memperlekehkan admin hanya kerana Admin tidak mempunyai kedai kerana admin menjual secara online.

Admin tak maksudkan semua ye, ada segelintir, dalam 2, 3 orang peniaga yang call dan tanya kedai untuk tengok barang dagangan admin, tapi bila admin jawab saya buat online, ada plak yang perli2 cakap admin ni pemborong apa kalau xde kdai... ya rabbi, berdosa ke kalau jual barang xde kedai? salah ke admin masih xde kedai?? xfaham sungguh dengan sikap orang kita,sedih admin...Biarla admin xde kedai tapi harga pakaian admin lebih murah dari pekedai atau pemborong besar yang kena ambil ratusan helai untuk dapat harga borong!

Admin tak marah kalau orang tanya kedai ke premis cuma terasa dengan orang yang rasa diri dia hebat sebab ada premis dan pandang rendah kat kita ni yang cuma berniaga online. Tapi admin juga telah berusaha mencari kedai/premis untuk menyimpan stok yang lebih banyak, In sya Allah kalau ada rezeki admin akan ada premis sendiri dan admin akan jemput semua datang nanti, buat masa sekarang belum ada rezeki lagi.

Ramai juga yang masih was2 dan takut untuk memborong dalam kuantiti yang banyak kerana takut di tipu kan, so admin akan masukkan gambar dan tracking number pelanggan nanti bila ada masa untuk rujukan mereka.Setakat ni,admin tak pernah lagi tak hantar barang kepada customer, alhamdulillah admin bukan macam segelintir peniaga online yang kerjanya menipu duit orang! Admin juga ada sertakan no pendaftaran SSM di home page, so pada sesiapa yang kurang yakin admin ni peniaga, boleh ambil no tu dan call SSM, check dengan diaorang betul ke tidak maklumat yang admin beri tu ye.

Admin coretkan luahan hati ni tak macam blog2 peniaga lain yang hanya jual barang semata2, tapi admin nak pembaca atau pelanggan admin tahu luahan hati admin kerana admin hanya manusia biasa yang perlu meluahkan apa yang terpendam di hati, biarlah semua tahu perasaan admin.

Akhir sekali, pada pelanggan setia admin dan selalu menyokong admin ucapkan ribuan terima kasih, yang kritik,perli dan hina admin juga admin ucapkan terima kasih dan sesungguhnya ianya tidak melemahkan semangat admin, admin akan terus bangkit dan berusaha untuk menangkis segala hinaan!

Jadi, pada peniaga2 semua, semoga sales anda akan meningkat dan berjaya selalu ye, terima kasih!

2 comments:

  1. Sabar je lah ye kak.. cabaran kecil je tu, banyak lagi cabaran lain yang lebih besar dalam dunia perniagaan ni.. Biasa la org xpercaya pada peniaga on9 ni, tapi tu hak diorang la kan, yg penting akak berniaga dgn jujur dan ikhlas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela, mmg kna byk bersabar la kan, dsebabkan segelintir orang meniaga online ni menipu, peniaga yg btul2 jujur berniaga pun terkena padahnyer, bkn sng nk dptkan kprcayaan pelanggan skrng ni tp apepun bila niat kta ikhlas, In Sha Allah akan di permudahkanNya,amin.

      Delete