Tuesday, 22 April 2014

BA-014 ~ Blause Labuh Colourful

Tercari2 blause yang labuh dan selesa di pakai dengan cuaca sekarang? Nahh, ini adalah blause panjang dari Lycra yang sangat selesa di pakai, menutup aurat dan sesuai di gayakan ke mana sahaja samaada untuk ke pejabat, ke shoping complexs, santai atau ke mana saja yang anda suka.

Blause ala baju kurung ini juga amat sesuai untuk anda gayakan pada hari Raya kedua dan seterusnya untuk di pakai di rumah menunggu tetamu, takkan nk pakai baju kurung sepanjang hari kan...so blause panjang yang tak panas ni adalah penyelesaiannya!






Harga Borong : RM 13 sehelai

Penerangan:

1) Blause ini sesuai untuk mereka yang sukakan warna2 ceria dan segar! 
2) Sesuai untuk mereka yang mempunyai badan yang agak berisi untuk tampak lebih "slim" kerana mempunyai corak memanjang.
3) Free size ( Lihat ukuran di bawah )
4) Packing untuk 1 design di datangkan dalam 12 helai, dan warna semuanya campur2.


Minimum order untuk dapat harga borong hanya 2 dozen, pemborong boleh pilih design yg ini  atau mana2 design lain dlm blog ni.

Jika ada sebarang kemuskilan sila call/sms/whatsapp no yg di beri di sini  012-9581438 ( pemilik blog-Dayang) ...Selamat Memborong dari kami.

Ukuran Blause :

Panjang Bahu : 40cm
Panjang Lengan : 54cm
Labuh Baju : 97cm
Dada : 49cm


Thursday, 17 April 2014

Come Back For Business!!!

Assalamualaikum pada semua pembaca blog ni,

Sekian lama ( beberapa bulan) saya bercuti panjang di sebabkan alahan teruk dan melahirkan bayi kedua akhirnya saya kembali untuk meneruskan perniagaan yang agak lama di tinggalkan...

Alhamdulillah, syukur kerana telah pun selamat melahirkan bayi lelaki saya lebih kurang 2 bulan lepas, saya di beri peluang untuk terus berniaga di atas permintaan ramai pelanggan dan sokongan dari suami. Jadi pada sesiapa yang pernah menghantar email, message, whatsapp untuk bertanya tentang stok yang tidak sempat saya membalasnya saya minta maaf banyak2.

Siapa yang whatsapp memang cepat la saya dpt bls tpi kalau email byk yg terlepas pandang, mnta maaf byk2. So, lpas ni In Sha Allah saya akan follow up dan akan bagi jawapan secepat mungkin ye.

Jadi, nantikan stok2 terbaru dari saya dan jika takde update yg baru bukan apa, baju2 kat supplier takde yang cantik atau diaorang pun tak re-stock jadi saya pun tak ambil la...papen pun klo nk sembang ngn saya pasal stok atau nk tgk pakaian baru dengan cepat boleh whatsapp saya sebab selalunya saya ada menyimpan gambar2 stok baru kat handphone sebelum saya update kat blog. Sekarang ni masa pun terhad sebab ada baby kecik plus kna jga abangnya yang aktif so memang tak boleh biar abgnye ngn adik, abg baru 3 tahun...so memang tak boleh diharapkan sgt lagi,hihi

Akhir kata, Selamat Memborong Dari Pihak Kami, semoga anda semua di berkati Allah S.W.T selalu~~~