Tuesday, 19 February 2013

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum...

Selamat datang ke MUSLIMAH BORONG HOUSE.

Disini kami menyediakan perkhidmatan pembelian borong pakaian muslimah dengan harga yang rendah, berpatutan dan anda hanya perlu membeli dengan kuantiti paling minimum untuk mendapat harga secara borong seperti pemborong2 besar yang lain.

Kebiasaanya, pembekal atau pengilang hanya memberikan harga borong untuk mereka yang membeli secara pukal dan bukan untuk peniaga2 kecil yang tidak mempunyai modal yang besar untuk memulakan perniagaan masing masing.

Berdasarkan atas pengalaman saya sendiri yg susah untuk berniaga dengan modal yg kecil pada permulaannya dan terpaksa membeli barangan dgn harga yg tinggi,  tetapi Allah telah memberikan jalan dan pintu rezeki kepada saya dan kini saya pula ingin membantu peniaga2 kecil, suri rumah yg ingin mencari penambahan pendapatan, pelajar2 di institusi pengajian tinggi, mereka yang ingin membuat part time dan sesiapa saja yg ingin menambahkan pendapatan sama ada secara part time atau full time boleh mendapat kan baju baju muslimah dengan harga borong dari saya, insyaalaah. Produk2 ini juga sesuai untuk di jual secara on line memandangkan ramai antara sahabat2 kita sekarang terlalu sibuk dan tidak mempunyai masa untuk keluar membeli belah barang keperluan, jadi belian secara on line turut  menjadi pilihan pengguna pada masa kini.

Kita semua percaya, 9 daripada 10 sumber rezeki ada dalam perniagaan.
Apa yang memusykilkan kita adalah kenapa apabila ramai yang tahu terutamanya umat Islam bahawa 9 dari 10 sumber rezeki ada dalam perniagaan, tapi terlalu sedikit yang berniaga.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari mereka yang berjaya meningkatkan taraf hidup mereka dengan berniaga...Jangan takut untuk mencuba dan mengambil risiko dalam perniagaan. Bangsa bangsa asing yang datang ke negara kita boleh berniaga pelbagai jenis barangan tanpa rasa segan silu jadi kenapa kita harus berpeluk tubuh dan membiarkan orang lain yg mnguasai bidang perniagaan ini yg pasti menjanjikan seribu keuntungan untuk kita... Mereka boleh, anda juga pasti boleh...

Jadi apa kata anda mulakan perniagaan walaupun secara kecil kecilan dari hari ini, jangan hanya menunggu dan membuang masa kerana masa yg lepas tak akan kembali lagi,jadi gunakan masa yang ada ini sebaik baiknya.

P/S: Jika takut untuk mengambil risiko yang tinggi, di sini jalannya kerana saya menawarkan barangan dengan kuantiti yang rendah, jadi sudah tentu risikonya juga rendah, anda tidak akan jadi muflis jika barangan kurang laku atau lambat terjual, satu saja nasihat saya, jangan menjual denganharga terlalu tinggi untuk cepat mengaut keuntungan tetapi biarlah untung yg sedikit tetapi berkat dan pelanggan puas hati dan mereka akan menjadi "loyal customers". Sila layari blog ini untuk melihat baju baju yang saya ada dan sedikit tips akan di berikan untuk kita sama2 untung, customer dan peniaga sama2 untung ok. Sekian dulu untuk permulaan.

Terima kasih.
Admin.


No comments:

Post a Comment